Agama, Kebebasan dan Keadilan Tuhan

Bagi yang lahir dalam kelompok Assya’irah (majoriti umat Melayu), pasti akan terbiasa dengan doktrin bahawa Allah menentukan segalanya bagi manusia samada perbuatan baiknya ataupun perbuatan buruknya.

Soal ini sering buatku terfikir, andai benar begitu maka mudahlah manusia beralasan jikalau mereka melakukan kesilapan. Mungkin boleh dijawab bahawa kita perlu berbaik sangka dengan Tuhan, tapi bagaimana ingin kita rasionalkan doktrin itu kepada mereka yang kononnya lemah imannya atau mereka yang Allah campakkan berjuta pertanyaan dalam kotak rasionalnya?

Maka dengan itu, Allah Maha Adil apabila mengurniakan kepada manusia daya untuk memilih, kebebasan yang mutlak untuk melakukan segala perbuatan samada yang baik mahupun yang buruk.

Dan Allah Maha Bijaksana apabila tidak sewenang-wenangnya membiarkan manusia bebas tanpa wujudnya pertanggungjawaban. Dengan itu, Allah telah memberi amaran pada manusia bahawa sekecil mana sekalipun perbuatan baik dan buruk, ia tetap akan diperhitungkan dan disoal tika Hari Penghisaban menjelma.

Hal ini jelas Allah sebutkan dalam Surah Al-An’am ayat 148-149 apabila Allah mengisahkan bagaimana Kaum Musyrikin menyalahkan Allah atas kekafiran mereka. Allah juga tegas menyatakan bahawa Allah mampu untuk memberi petunjuk kepada mereka, andai Allah mahu. Dengan itu kita dapat lihat bahawa Allah itu Maha Berkuasa akan sesuatu, akan tetapi Allah juga memberi kebebasan bagi manusia untuk menerima atau menolak kebenaran yang ditunjukiNya.

Dua dikotomi yang berbeza: Kebebasan Manusia dan Pengetahuan Tuhan tentang segala-galanya. Ianya saling wujud dan tidak bertentangan. Yang pasti, Allah tidaklah mengawal manusia apatah lagi memaksa manusia melaksanakan akan sesuatu. Segalanya merupakan pilihan manusia itu sendiri. Itulah yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain seperti malaikat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kerana itu jugalah darjat manusia ditinggikan.

Apa pentingnya doktrin ini? Kepercayaan ini akan menatijahkan bahawa manusia yang baik adalah manusia yang berautonomi dan punyai kuasa diri untuk memilih dengan kesedarannya sendiri akan perbuatan baik. Manusia itu juga akan menolak melakukan kejahatan atas kesedaran sendiri.

Dan akhir sekali, dengan kesedaran diri untuk memilih yang Haq tersebut akan menatijahkan kesedaran diri tentang Tuhan (God-Consciousness) atau dalam erti kata lain, Taqwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s